Skip to main content

PRODUK


KOMERSIAL
Rangkaian produk kegunaan dobi dan dobi layan diri, restoran, kedai makan, hotel, hospital dan industri pembersihan office. Semua produk ini dikeluarkan dalam pek 25kg atau 10kg.


  • Liquid Detergent
            -Blue Active
            -Pink Passion
            -Fresh Rose
            -Lavender
            -Passion
            -Lemon
            -Detergent Low Sud
  • Softener 
            -Floral
            -Rose
            -Rose Power
  • Detergent Coin Laundry
            -Rose
  • Softener Coin Laundry
            -Rose
            -Golden Blossom (GB)
            -Sofy Pure (SP)
  • Clorox
  • P-Lotion
  • Easy Iron (Pemudah Gosok)
  • Multipurpose Perfume
  • Oxie Bleach
  • Floor Cleaner (Lavender)
  • Dishwash (Lime)
  • Antibac Handsoap
  • shampoo Carpet
  • ZC Hijab Starch
  • Hand Sanitizer

Sabun dan Pelembut Dobi Layan Diri


Sabun dan pelembut cair dobi layan diri PROFEZ ini diciptakan khas untuk mesin pam yang menyedut bahan kimia basuhan dari belakang mesin secara automatik. Sabun ini mempunyai wangian Rose yang wangi dan dikuatkan lagi dengan pelembut wangian rose, cucian pelanggan anda pasti terpukau dengan keharumannya yang berkekalan.

Ianya juga diformulasikan dengan tekstur lebih cair dari sabun biasa dan mempunyai bahan penghilang kotoran, karat, penaik warna, mampu menghilangkan daki yang baru dan mempunyai antibakteria.

Satu lagi kehebatan sabun ini, sukatan yang diperlukan untuk mesin 14kg adalah 80ml sahaja dan ianya sangat menjimatkan. Untuk pelembut, sukatannya 55ml unutk 6-7kg basuhan.

Kami mengeluarkan produk ini dengan harga mampu bagi kemajuan perniagaan bersama dan kualiti terbaik untuk pengguna di luar sana.






Oxie Bleech





Oxie Bleach PROFEZ adalah bahan terbaik untuk menghilangkan kotoran degil seperti lemak, daki, dan kulat. Oxie Beach keluaran PROFEZ adalah peluntur berunsurkan oxygen yang mampu memastikan kotoran hilang tanpa melunturkan warna baju anda. Produk juga ini sesuai digunakan untuk baju berwarna. 

Cara penggunaan:
1. taburkan pada kotoran degil baju anda.
2. tuangkan air panas ke atas peluntur sehingga kotoran dan kain anda tenggelam
3. biarkan selama 1 jam sebelum membasuhnya di dalam mesin.



Sabun Premium (runcit)






Sabun pencuci pakaian PROFEZ adalah sabun yang diperbuat daripada tumbuh tumbuhan yang selamat untuk mereka yang berkulit sensitif. Sabun ini adalah produk pertama keluaran PROFEZ yang menggunakan bahan-bahan garam laut dan campuran pengakis kotoran lemak dan kotoran organik. Tiada bahan-bahan tajam di dalam formula ini dan ianya antara pilihan kedai kedai dobi seluruh Malaysia.

Diformulakan dengan mempunyai bahan melembut selepas mencuci. Tiada lagi baju keras selepas anda mengeringkan pakaian anda. Sabun ini mempunyai wangian passion yang wangi dan lembut yang akan memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Kelebihan:
  • Membersih dan mewangikan pakaian
  • Melembutkan pakaian
  • Mengandungi anti bakteria
  • Bahan organik berasaskan ekstrak minyak kelapa sawit dan garam laut
  • Sesuai untuk kegunaan membasuh pakaian bayi dan orang yang mengalami kulit sensitif
  • Level pH dalam keadaan selamat iaitu pH 7
Cara Penggunaan :
  • Tuang 1 penutup sabun (100ml) pada basuhan pertama. 1 penutup sabun untuk 15-20 helai pakaian 


Pelembut Pakaian - Floral





Pelembut dan pewangi pakaian PROFEZ ini adalah diformulakan dengan menggunakan bahan-bahan kelapa sawit yang diimport dari Korea. Bahan ini mampu melembutkan pakaian anda dan memudahkan anda menggosok selepas membasuh. Ianya perlu dimasukkan ketika bilasan terakhir.

Pewangi yang digunakan untuk formula ini juga sangat wangi dan mengharumkan. Ia mampu memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Kelebihan:
  • Mewangikan pakaian
  • Melembutkan pakaian
  • Menjaga warna dan kualiti fabrik agar tidak kusam
  • Sesuai untuk kegunaan pada pakaian bayi dan orang yang mengalami kulit sensitif
  • Level pH dalam keadaan selamat iaitu pH 7
Cara Penggunaan :
  • Tuang 1 penutup sabun (100ml) pada basuhan pertama. 1 penutup sabun untuk 15-20 helai pakaian 


Sabun Ekonomi Madam Pro





Sabun pencuci fabrik dari katgori MADAM PRO PROFEZ ini adalah SABUN PEK EKONOMI yang diformulakan menggunakan bahan-bahan garam laut dan campuran pengakis kotoran lemak dan kotoran organik. Tiada bahan-bahan tajam di dalam formula ini dan ianya antara pilihan kedai kedai dobi seluruh Malaysia. Sabun ini mempunyai wangian Fresh Rose, Lavender dan Lemon yang wangi dan lembut yang akan memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Kelebihan:
  • Membersih dan mewangikan pakaian
  • Menjaga warna dan kualiti pakaian
  • Mengandungi anti bakteria
  • Sesuai untuk kegunaan harian rumah dan dobi
  • Sabun ekonomi dan menjimatkan kegunaan harian
  • Sesuai untuk membasuh pakaian bayi dan orang yang mengalami kulit sensitif
Cara Penggunaan:
  • Tuang sabun dalam kuantiti 100ml pada basuhan pertama. 100ml sabun adalah untuk 15-20 helai pakaian


Multi Purpose Perfume




Penyembur penyegar PROFEZ yang berbau harum dan kekal lama ini adalah menggunakan pati pewangi floral yang bermutu tinggi untuk mengekalkan wangian yang berpanjangan, dengan hanya menggunakan sedikit semburan   fabrik dan bauan yang tidak menyenangkan akan hilang dengan segera.  Anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan bertompok dan penggunaannya. 

Sesuai digunakan untuk pelbagai fabrik Anda kreatif? Pelbagaikan tujuan kegunaan dengan wangian hebat dan bertahan lama ini!!! Sudah pasti anda akan jatuh cinta.

Kelebihan :
  • Semburan pewangi pelbagai guna
  • Menghilangkan bau peluh
  • Mengandungi anti bakteria
  • Kesegaran kekal dalam tempoh yang lama
  • Tidak meninggalkan kesan semburan pada fabrik
  • Menghilangkan bau hapak
  • Sesuai dibawa kemana sahaja
Cara penggunaan: 
  • Sembur pada fabrik mengikut kuantiti yang dikehendaki


Easy Iron



Produk PROFEZ ini dikeluarkan bagi memudahkan kerja menggosok pakaian.  Easy Iron diperbuat daripada lemak kelapa sawit berbanding kanji seperti dipasaran. Uniknya formula PROFEZ ini, ianya tidak akan mengeraskan baju walaupun digunakan dengan kuantiti yang banyak dan sudah pasti tidak akan meningalkan kesan tompak pada pakaian kesayangan anda. Malah akan memberikan wangian yang harum selepas menggosok pakaian.

Kelebihan:
  • Memudahkan kerja menggosok pakaian yang renyuk
  • Mewangikan dan melembutkan pakaian yang digosok
  • Mengandungi anti bakteria
  • tidak meninggalkan kesan semburan pada pakaian
Cara penggunaan:
  • Sembur pada pakaian yang renyuk dengan kuantiti yang bersesuaian

lime dishwash (pencuci pinggan)




Dishwash lime ialah sabun pencuci pinggan keluaran PROFEZ, sabun pencuci ini digunakan  untuk mencuci gelas, pinggan, sudu,  dan pelbagai peralatan memasak. Cecair  ini mempunyai wangian Lime yang segar dan mampu menghilangkan kesan-kesan minyak dan kotoran degil pada alatan dan pinggan mangkuk anda dengan berkesan.

Kelebihan:
  • Buih sabun yang banyak
  • Tidak merengsakan kulit tangan
  • Bahan berasaskan ekstrak minyak kelapa sawit dan garam laut
  • Level pH yang selamat iaitu pH 7
  • Wangian lemon segar
  • Berkesan menanggalakan kesan minyak dan kotoran degil
Cara penggunaan:
  • Tuang sedikit sabun mengikut kuantiti yang bersesuain berdasarkan kuantiti peralatan yang hendak dibasuh dan campurkan sabun dengan sedikit air

Floor Cleaner (Pencuci Lantai)



Floor cleaner atau pencuci lantai dari PROFEZ ini didatangkan dengan bau Lavender yang wangi dan pasti menyegarkan seluruh rumah anda. Kerja-kerja menjadi senang apabila anda hanya perlu membilas lantai anda dengan sekali bilasan sahaja. 

Kelebihan:
  • Membasmi kuman
  • Sesuai untuk semua jenis lantai
  • Sesuai untuk semua jenis permukaan lantai
  • Tidak merosakkan permukaan lantai dan jubin
  • Wangian lavender yang segar
Cara penggunaan:
  • Campurkan 200ml Floor Cleaner dengan satu baldi air untuk cucian lantai yang berkesan.

Pencuci Tangan



Sabun pencuci tangan PROFEZ adalah untuk mencuci dan membersihkan tangan anda. Sabun pencuci tangan PROFEZ ini membunyai wangian campuran buah-buahan yang sememangnya wangi. 





Comments

  1. Selamat sejahtera,

    Boleh saya tahu kepekatan dan PH sabun n softener bagi kegunaan dobi layan diri?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph Sabun ini hanya 7.5. Medium rate. boleh terus di pump tanpa perlu mencairkannya

      Delete
  2. Salam... ada buat OEM utk jenama sendiri pelanggan

    ReplyDelete
  3. salam nak mintak nomb contact persom incharge coz nak buat produk OEMjenama saya sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment