Skip to main content

PROFILE




PROFEZ telah diasaskan oleh En Wan Saiful Hafez bin Amran semenjak April 2008 yang pada awalnya hanya mengeluarkan sabun basuhan baju untuk kegunaan dobinya "LAMAN AMPAIAN" yang terletak di Bandar Sri Damansara. Pada awalnya PROFEZ telah bernaung di bawah syarikat PROFEZ HOLDINGS SDN BHD bersama sama syarikat dobinya. Namun pada 19hb February 2013, En Wan Saiful Hafez telah menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai PROFEZ DE RICH SDN BHD  yang bertanggungjawab mengeluarkan, membuat RND dan memasarkan kesemua produk cucian dan wangian berkaitan PROFEZ. Dan terkini kami telah bertukar ke syarikat PROFEZ DE RICH SDN BHD

PROFEZ kini boleh diiktiraf sebagai pengeluar pada sekala sederhana yang sedang membangun dengan pesat. Syarikat ini adalah100% milik  bumiputera, dan merupakan satu satunya syarikat bumiputera 100% yang membuat dan membina produknya sendiri. PROFEZ kini berjaya memasarkan produk mereka di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Pengguna-penguna produk PROFEZ terdiri daripada pengusaha dobi, pengguna rumah, hotel, kedai makan dan syarikat pembersihan. 


PROFEZ sentiasa memastikan produknya kekal berkualiti, bersih dan sangat menjimatkan serta setanding dengan produk-produk yang terkenal dipasaraya pada masa kini. Kami berpegang teguh dengan motto perniagaan kami iaitu untuk menghasilkan produk hijau mesra alam yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan selamat untuk semua pengguna, mesin dan alam sekitar. 

Kami amat berbangga kerana setelah 8 tahun berusaha memperkenalkan produk kami kepada pengusaha dobi, kini telah hampir 600 kedai dobi menggunakan produk kami diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga mempunyai lebih 20 agen dan pemborong yang menjual produk kami di seluruh Malaysia dan mempunyai  25 produk pembersihan dan wangian untuk kegunaan pelbagai lapisan pengguna di Malaysia.

Comments

  1. Salam. Mcamana nak dapatkn produk ni..?

    ReplyDelete
  2. salam, sy nak tau di sabah di mana tempat nak dapatkan produk ni.?

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak dapatkan produk ni?

    ReplyDelete
  4. Boleh beri contac no utk bt Oem
    Whatsap saya 01113626666

    ReplyDelete
  5. Area sarawak sana bole dapat ne nk borong juga

    ReplyDelete

Post a Comment