PROFEZ dengan kerjasama para dermawan telah menjalankan amanah untuk membelikan baju-baju Melayu dan baju-baju kurung bagi anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, Rawang pada 18hb dan 19hb Mei yang lalu. Kami telah membelikan 15 orang anak-anak ini baju Melayu dan Kurung dari butik sekitar KL kerana, tema yang kami buat pada tahun pertama ini adalah, tema “anak-anak pilih sendiri”. Kami memberi kebebasan kepada anak-anak ini memilih baju di butik-butik sekitar KL, dengan warna dan corak yang mereka suka. Happy betul anak-anak ini.



Hari pertama sebelum shopping, anak-anak ini PROFEZ belanja dengan KFC… yummy… ada di antara mereka baru pertama kali merasakan KFC. Sedih pulak dengar cerita anak-anak ini. Yang paling penting, mereka semuanya HAPPY!!! Terasa bahagia melihatkan kegembiraan yang terselah diwajah mereka.
Sessi membeli baju di Butik ini adalah kurang memberansangkan kerana hanya 3 orang ajer yang dapat baju pilihan hati. Yang lain masih nak pilih lagi… Jalan punya jalan, satu pun tak berkenan. Nampak gaya kena round sampai goyang kaki keesokkan harinya.
Keesokkan harinya, setelah semua berjanji nak cari baju terbaik masing-masing, kami KL semula… dari Kamdar ke Globe akhirnya terpaksa ke butik-butik sekitar Jalan TAR untuk membeli baju mereka. Haiya, memang susah nak cari baju anak-anak ni. PROFEZ dapat rasakan kemeriahan membeli baju anak-anak ini dengan ragam-ragam… berlari ke sana… berlari ke mari… pergh… Yang nak baju oren, baju hijau… Tetapi apa yang kami belajar, baju-baju di tempat besar ini kualitinya sangat teruk. Ini sebabnya kami beralih ke butik-butik istimewa supaya anak yatim ini dapat merasa memakai baju yang lebih baik kualitinya.
*Saya difahamkan, anak-anak ini hanya dapat membuat persembahan sehari bersama Jamal Abdillah. Ini adalah gambar bunting di Istana Budaya.

Hari pertama sebelum shopping, anak-anak ini PROFEZ belanja dengan KFC… yummy… ada di antara mereka baru pertama kali merasakan KFC. Sedih pulak dengar cerita anak-anak ini. Yang paling penting, mereka semuanya HAPPY!!! Terasa bahagia melihatkan kegembiraan yang terselah diwajah mereka.
Sessi membeli baju di Butik ini adalah kurang memberansangkan kerana hanya 3 orang ajer yang dapat baju pilihan hati. Yang lain masih nak pilih lagi… Jalan punya jalan, satu pun tak berkenan. Nampak gaya kena round sampai goyang kaki keesokkan harinya.
Keesokkan harinya, setelah semua berjanji nak cari baju terbaik masing-masing, kami KL semula… dari Kamdar ke Globe akhirnya terpaksa ke butik-butik sekitar Jalan TAR untuk membeli baju mereka. Haiya, memang susah nak cari baju anak-anak ni. PROFEZ dapat rasakan kemeriahan membeli baju anak-anak ini dengan ragam-ragam… berlari ke sana… berlari ke mari… pergh… Yang nak baju oren, baju hijau… Tetapi apa yang kami belajar, baju-baju di tempat besar ini kualitinya sangat teruk. Ini sebabnya kami beralih ke butik-butik istimewa supaya anak yatim ini dapat merasa memakai baju yang lebih baik kualitinya.
Kegembiraan memang jelas terbayang diwajah kesemua 15 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk mengadakan persembahan bersama Jamal Abdillah pada 30hb Mei sehingga 2 Jun 2013.
Terima kasih saya kepada para dermawan, Dato', Tuan-tuan dan rakan-rakan sekalian. Walau RM10 pun, ianya tetap bermakna buat anak-anak ini. PROFEZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pembantu saya Puan Zuraihan yang bertungkus lumus mencarikan baju untuk anak-anak perempuan.
Semoga Allah memberikan kebaikan kepada kalian penderma, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, dan diberikan laluan mudah ke Syurga InsyaAllah. Ya Allah, aku berterima kasih kerana mempermudahkan segala usaha kami untuk menggembirakan mereka. TERIMA KASIH...
Comments
Post a Comment