Satu lagi usaha PROFEZ untuk melihat pandangan professional tentang urusan perniagaan PROFEZ. Kami dijemput untuk menyertai program SCORE ini minggu lepas. Kami masih lagi kabur dengan usaha ini tetapi kami berharap agar ianya berbaloi. Kami juga tidak tahu bagaimana SME Corp boleh menjejaki kami yang kecil ini namun kami bersyukur kerana ini mungkin petunjuk daripada Allah.
Kami belum pernah didekati oleh mana mana program usahawan dari badan badan kerajaan, GLC mahupun swasta. Jadi perkara sedemikian agak memeranjatkan kami. Walaubagaimana pun, ini adalah satu lagi pencapaian buat kami di PROFEZ. Semoga adalah hasil daripada penilaian ini.
Pengilang dan penjual bahan pencuci pakaian utk kegunaan rumah dan komersial - dobi, hotel, hospital, asrama dan pelbagai industri. Produk kami seperti sabun, pelembut pakaian, pencuci lantai, tangan, pinggan, clorox, pewangi fabrik dan bemacam lagi. Kami sentiasa mengalu-alukan agent dari seluruh Malaysia untuk menjual produk kami yang berkualiti pada harga keuntungan yang menarik. Membuat produk OEM untuk yang berminat.
Comments
Post a Comment